Pernah tak rasa macam benci gila dengan kawan kita?
"Banyak. Kali."
"Tak la benci, tapi bengang tu ada."
"Selalu."
"Aah. Dia tak guna."
"Tak suka kawan aku."
"Dia tak faham aku."
"Kawan aku selalu fikir diri dia je."
"Menyampah doe."
Normal. Sebenarnya normal untuk manusia macam kita, mere human, untuk rasa macam tu. Aku pun pernah ada juga rasa macam ni. Banyak kali. Tak boleh elak. Aku pun manusia. Ada perasaan. Tapi aku takde la benci cuma rasa bengang macam tu la. Lepastu lama-lama ok. Depends. Aku tak benci orang xD
Tapi,
Biasanya orang yang banyak buat aku rasa macam ni,
Selalu ada di saat aku susah.
Sebab biasanya diorang orang yang rapat dengan kita. Makin rapat, makin banyak benda kita kongsi, kita komunikasi. Kadang-kadang memang kawan ada terkecilkan hati kita. Terbuat kita nangis. Terlukakan hati kita.
Sampai hati kan kau buat aku macam ni? Aku ingat kita kawan.
Tapi kita pun kena faham. Diorang manusia biasa. Diorang buat salah juga. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Tak ada yang terkecuali. Bak kata orang German, Niemand ist Perfekt. Haha. Tapi kau kena fikir, kau pun manusia juga, kau pun tak terlepas dari buat salah.
Kalau kawan kau boleh terima baik buruk kau,
kenapa kau tak boleh terima baik buruk dia jugak?
Aku pun buat salah jugak.
Dah berapa kali aku suruh kawan aku pergi mati.
Jahat gila. Ish ish ish.
Aku mintak maaf kengkawan yang berkenaan.
Itulah kawan. Share pahit manis sama-sama. Friendship till the bitter end. Jangan putus asa dengan persahabatan. lagi-lagi kalau persahabatan tu dah lama terikat.
Sebab tu orang selalu kata, baik hilang awek/pakwe dari hilang member. Bila kau susah, kawan kau yang sedia nak tolong kau. Bukan awek/pakwe kau, Jangan biarkan setakat benda kecil hancurkan persahabatan kau.
Bila berkawan, kita kena tau toleransi, tau bersabar.
Aku suka merajuk. Tapi kejap je xD Sebab orang keliling aku baik sangat. Kadang-kadang aku lupa aku tengah merajuk. kakaka
No comments:
Post a Comment