Wednesday, November 05, 2014

5 Ingredients Cheesecake Recipe

Aku suka cari resepi yang paling senang, paling mudah nak buat sebab malas nak buat susah-susah masa tengah susah ni ~.~ Cheesecake ni ada kena bakar dalam oven tauu bukan yang campur-campur, sejukkan, dah boleh makan tu tau.

Resepi ni guna 5 bahan basic ja.. huahahaha

  1. Biskut Digestive
  2. Butter
  3. Cream Cheese
  4. Susu Pekat
  5. Telur
Hiasan: Encik Strawberi (kalau nak. kalau taknak takyah sesusah nak g beli hehe)

Jom mula buat magic ~.~




Mula-mula, kena hancurkan digestive biscuit tu dulu. Pastu campurkan dengan butter. Pastu penyekkan dalam loyang. 
Sukatilah nak letak banyak ikut la nak tebal mana base dia.
Tips untuk pecahkan biskut, Letak biskut dalam plastik lepastu hancurkan dia guna lesung batu. Lagi senang dari nak hancurkan guna sudu ;)
Tapi kalau malas sangat-sangat, blend ja takpun letak dalam food processor. Tapikan not recommended la sebab biskut jadi terlalu halus sangat. Tak syiok sangat.

Kalau tak jumpa biskut camni, boleh ja substitute guna biskut marie takpun oreo. Sedap ja. Aku nanti nak try guna biskut chipsmore. Hehe.

Ketepikan.



Buat bahagian cheese dia pulak. Barang yang diperlukan: 2 blok cream cheese Philadhelphia, 1 biji telur dan 3/4 tin susu pekat. Whisk sampai takde ketul-ketul. Cenggini.


Ni cream cheese Philadelphia in case taktau rupa dia canne. Aku rasa nak guna jenama lain pun boleh tapi pastikan berat dia, 16oz@452g (ni berat 2 block cheese ni). So pepandai la. 

Pastu dah siap, tuang adunan tu dalam loyang yang ada isi biskut tadi.

Masuk dalam oven. Bakar 180°C selama 30-45 minit. Ikut suka hati sebenarnya. Kalau dah 30 minit, tak beku lagi, tambah jelah masa lagi. Tengok atas dia ja. Nampak macam dah beku, dah boleh keluarkan. Sejukkan dekat luar, lepastu masukkan dalam refrigerator. Bukan freezer tau.


Encik strawberry muah muah <3


Ni penderhaka. Haha. Lepas bakar terus potong patutnya kena sejukkan dulu. Sebenarnya tak kisah sangat. Sebenarnya sejukkan sebab supaya senang potong dan kek jadi cun. Lol. Budak kat atas tu la yang desperate nak sangat makan kek. Haha. 



Gambar yang ni lawa sikit sebab amik guna camera. Hehe. Yang kat atas-atas iolls guna handphone ja ~.~ Yang ni bila potong senang sikit. 

Aku buat cake ni malam-malam pastu esoknya pun bawak pegi sekolah.. Buat bekal waktu rehat xD

Good luck buat cake. Kalau malas sangat beli jela dekat mana-mana~ Bayar pastu terus boleh masuk mulut.. Hohohoho






No comments:

Post a Comment