Friday, August 23, 2019

Interview Farmasi UiTM 2019

Interview aku pukul 2 petang. Pagi tu ada interview dentistry dekat sg buloh. Habis je terus cau sebab dalam 40 minit gak jarak dia.

Aku rasa interview farmasi uitm ni smooth gila. Awal2 tu masuk dewan kuliah dia, kena isi cam borang untuk interview session nanti. Pastu dia briefing la pasal circuit ni.

Pastu awal2 dia cakap sape nak interview awal, nak balik awal duduk depan. Aku pun g depan sekali hahahaha. Pastu dia terus bahagikan semorang in a group of 6. Aku group 3.

Pastu dia terus bawak kitorang g satu dewan ni, untuk sahkan dokumen2 yg yall bawak. Ti stapler la sekali gambar passport yg kita kena bawak tu. Dalam dewan tu ada banyak tables. Dia sahkan by group. Tak lambat pun. Cepat je. Semua group sekali jalan.

Pada satu masa 6 circuit berjalan. Kira 6 groups boleh settle dalam 42 minit. Laju gak en. Setiap 42 minit 36 orang dah settle interview, dah boleh balik. Interview by circuit ni ada 6 stations. Setiap orang duduk kat each station pastu rotate. Kira kita interview individually la.

Circuit:

Station 1: Communication (Bi)
What would you do if you don't have to worry about money?
Interviewer orang arab. Memula tu aku cakap aku nak gain knowledge. Contoh kursus horse riding, diving, nak belajar semua kan perlukan duit. Pastu dia tanya, nak buat apa lagi? Pastu aku cam nak bukak sekolah semua so orang yg tak bernasib baik boleh belajar. Emphasize how important education is. Pastu dia kata, locals je ke? Aku kata nak bagi scholarships gak kat international students kikiki. Lagi? Nak provide fund untuk research and development supaya boleh selamatkan environment kita hahahaha. Aku waktu 2 minit untuk fikir tu, aku punya point knowledge dgn education je. Yg lelain ni main cakap je on the spot lol. Tak ingat dah point2 lain aku bagi hm.

Station 2: rehat dengar lagu.
Senanye masuk2 je tempat interview, aku duduk dekat station ni dulu. Kira station 2>3>4>5>6>1. Aku baca dalam blog orang lain dia bagi gula2 tapi sebab sekarang ni ramadan kan so takdela gula2 haha. Lagu2 pun edisi ramadan tau.

Lagu first aku dengar tu aku ingat lagi, lagu Ya Asyiqol Musthofa - Sabyan. Aku taktau pun lagu tu. Balik2 rumah gugel sebab best. Awal2 tu nervous la tapi bila dengar lagu, dia cam menenangkan weh. Mungkin sebab laguw islamik pastu zikir2 kot.

Station 3: Critical thinking (Bi/Bm)
Pendapat tentang straw kena banned terhadap environment.

Aku cakap membantu tapi takla membantu sangat terhadap environment lol. Sebab even lining dalam cawan mcd tu ada plastik. But okayla. Small steps make a big step kan.

Pastu interviewer tu taktau nak tanya apa. So dia tanya je pape. Siblings berapa, fav subj, pharmacist boleh buatpe nak selamatkan environment.

Station 4: Ethic issues (Bi/Bm)
Negara dilanda penyakit, hanya orang terpilih akan menerima vaccine tersebut. Anda seorang pakar, telah terpilih untuk menerima vaccine tersebut. Adakah anda terima vaccine tersebut atau bagi orang lain?
Aku jawab aku terima untuk diri sendiri. Aku takleh la selfish bagi family members ke apa. Nak bina balik negara, perlukan kepakaran. Experts lain pun are going through the same thing nak kena sacrifice gak. Begitulah nak.

Station 5: rehat dengar lagu

Station 6: Motivation (Bi/Bm)
Why pharmacy? Apakah usaha2 anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pharmacy?
Basically aku jawab ni based on *blog* ni. Aku tertarik nak study pharmacy pun sebab baca blog tu. Dahla placement nanti boleh kat gov takpun swasta. Okay ar takyah tunggu lama sangat cam doctor/ dentist. Oh dia tanya gak cabang2 pharmacy. Ada farmasi komuniti, farmasi hospital, farmasi industri, farmasi akademik. Pastu nanti nak ygne? Kenapa?

Okay dah, dah boleh balik rumah yayy

Kawan aku punya yg sesi pagi went like these;

[5/18, 11:43] Jack: Ada 6 stesen
[5/18, 11:43] Jack: 4 stesen je kene iv
[5/18, 11:43] Jack: Soalan die ennn
[5/18, 11:43] Jack: Babun tol
[5/18, 11:43] Hazirah: Asall
[5/18, 11:44] Jack: Kat communication , die tanya choose either cash or ewallet
[5/18, 11:44] Jack: yg critical thinking tanya pasal oversea studies or local
[5/18, 11:44] Jack: yg ethic issues , either kau nak accept anugerah or not. dgn syarat kawan baik kau tk dpt
[5/18, 11:45] Jack: yg motivation aku stuck. Die tanya kenapa minat farmasi, apa yg inspire kau and effort kau
[5/18, 11:45] Hazirah: Overall okay kee?
[5/18, 11:45] Hazirah: Interviewer okay tak?
[5/18, 11:46] Hazirah: 2 stesen lagi buatpe? Dengar lagu?
[5/18, 11:46] Jack: Overall okay je cuma iv aku kt part motivation garang do
[5/18, 11:46] Jack: Haaah
[5/18, 11:48] Jack: Masa do, awal awal aku part motivation ah
[5/18, 11:48] Jack: Bapak blank nk jwb
[5/18, 11:48] Hazirah: Hahahahhaa
[5/18, 11:48] Hazirah: Pastu ko jawab peee
[5/18, 11:49] Jack: Aku jwblah farmasi ni minat aku then kata aku nak sebarkan maklumat betul pasal ubat. Kata farmasi ni satu kerjaya professional
[5/18, 11:50] Jack: Tapi aku stuck sbb muka die
[5/18, 11:50] Hazirah: Hahahaha
[5/18, 11:50] Hazirah: Eeee
[5/18, 11:50] Hazirah: Dia garang sgt ke weh
[5/18, 11:51] Jack: Muka die tk senyum 🥺 tu jee
[5/18, 11:51] Jack: Aku rasa die lecturer garang
[5/18, 11:51] Jack: Btw iv-er aku ada foreigner
[5/18, 11:51] Jack: Lecturer
[5/18, 11:51] Hazirah: Uuu
[5/18, 11:51] Hazirah: Orang apa
[5/18, 11:52] Jack: Taktahi
[5/18, 11:52] Jack: tahu
[5/18, 11:52] Jack: tapi speaker aku yg kata
[5/18, 11:52] Jack: die suruh english simple sbb ada foreignee
[5/18, 11:52] Hazirah: Dia tade tanya pasal pharmacy ke?
[5/18, 11:53] Hazirah: Ubat2 ke?
[5/18, 11:54] Jack: yg why u choose farmasi tu je
[5/18, 11:54] Jack: Tapi tk tanya langsung pasal ubat
[5/18, 11:54] Hazirah: Okla ek
[5/18, 11:54] Jack: Haah okaylah
[5/18, 11:54] Jack: tapi die tgk cara kau bercakap
[5/18, 11:54] Hazirah: Maksudnya?
[5/18, 11:55] Jack: Cara kau jwb soalan tu
[5/18, 11:55] Jack: Sbb kau dpt borang au, then tepi borg tu ada criteria kau kene achieve utk dpt excellent
[5/18, 11:55] Jack: range die 1-7
[5/18, 11:57] Hazirah: Lama ke wehh overall?
[5/18, 11:57] Jack: Tak sampai 30 min pon
[5/18, 11:58] Jack: 7+7+2+2+2+2+5+5+5+5
[5/18, 11:58] Jack: ni masa
[5/18, 11:58] Jack: cuba total
[5/18, 11:58] Hazirah: 42
[5/18, 11:59] Jack: Haaa tulah tapi aku rasa tak lama pon
[5/18, 11:59] Jack: entahlah
[5/18, 11:59] Jack: 7min tu rasa mcm 5 min
[5/18, 11:59] Hazirah: Okayla tu

Oh well, I bet waktu iv lain kali pun soalan lain2 gak. Just be prepared. Soalan dia okayy je. Lagipun tade tanya pasal ubat ke dos apa2 pun. All the best!

1 comment:

  1. Slm, Sy cuma nak perkenalkan Pinang Pharmacy, Pinang Pharmacy ™ sudah bertapak di Pulau pinang sejak tahun 2000 (dikenali sebagai Farmasi Harmoni, di Perda, Seberang Perai) 100% milik bumiputera, dan mula berkembang antaranya berada di Perda, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Juru dan Padang Serai.

    ReplyDelete