Saturday, December 20, 2014

Resepi Nasi Arab Paling Senang di Dunia

Sebenarnya nama penuh dia Nasi Arab Kabsah Ayam. Tapi panjang sangat la kalau nak tulis kat tittle--- 'Resepi Nasi Arab Kabsah Ayam Paling Senang di Dunia' kakakaka

Sebenarnya jumpa ni kat satu majalah. Nak bagi kredit dekat majalah tu tapi tak ingat dah majalah apa ;_; Sorry ;_; Tsk Tsk tsk  

Jumpa resepi ni masa Ramadhan tahun ni, tarikh: 16 Julai 2014.
  



SEDAP GILA :D




dan yang paling penting







SENANG GILA ;D









Dah la sedap, senang pulak tu kan? wakakaka xD





Resepi Nasi Arab Senang Gila

Bahan Nasi
3 dan 1/2 cawan beras basmathi - cuci dan tos
3 dan 1/2 cawan air
1 ekor ayam - potong 16 dan bersihkan
3 sudu besar minyak sapi
1 biji capsium - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji lobak merah - potong dadu
3 sudu besar rempah kabsah/ kurma
2 helai daun pandan
2 sudu kecil garam

Bahan sos
4 biji cili merah
Cili padi - suka hati. nak pedas letak banyak
Daun ketumbar - dalam anggaran RM1
1 biji tomato
1 biji lemon - perah dan ambil jusnya
5 sudu besar gula pasir
Sedikit air masak
1 biji bawang besar - potong dadu


Langkah-langkah
  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak sapi.
  2. Setelah minyak panas, masukkan bawang, lobak merak, capsicum. Kacau hingga sedikit layu.
  3. Masukkan rempah kabsah/ kurma dan gaul. Masukkan daun pandan dan garam sucukup rasa.
  4. Masukkan air dan kemudian beras. Gaul.
  5. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan nasi dan ayam masak sepenuhnya.
  6. Sediakan sos - kisar semua bahan.


Kalau nak lagi senang, beli je xD

 

No comments:

Post a Comment