Aku
terjaga dari tidur. Aku penat sangat sebab baru je sampai dekat asrama.
Aku terpaksa lalui perjalanan 16 jam ulang alik dari rumah aku ke
asrama. Nak buat macam mana, rumah aku dekat Johor tapi sekolah aku
dekat Perak. Aku tak suka sangat gerak terburu-buru macam ni tapi aku
ada appoinment dengan doktor pakar. Yelah, bukannya doktor yang kena
ikut masa aku, aku yang kena ikut masa doktor. Sekarang ni pulak memang
waktu persekolahan jadi tak boleh nak elak lah. Nak tak nak aku memang
kena juga pergi ulang alik. 16 jam pun 16 jam lah. Katanya aku mungkin
ada Endocarditis. Mungkin. Keputusan yang menentukan sama ada aku ada
penyakit itu atau tidak akan keluar lagi 3 hari. Entahlah aku pun tak
berapa nak faham. Tapi ni ada kaitan dengan jangkitan kuman pada
jantung. Malu nak cakap tapi aku memang tak jaga kebersihan aku. Dulu
masa sihat, sombong malas tak nak jaga elok elok. Sekarang Tuhan dah
tarik nikmat baru terhegeh-hegeh nak jaga. Janganlah orang lain kena
macam aku. Jangan jadi bodoh macam aku. Doktor ada pesan suruh aku berus
gigi sebelum tidur. Aku jeling jam di tepi bantal aku. Oh, baru pukul 1
pagi.1 pagi?!!
Aku mula mencorak langkah. Aku laju-laju menurun tangga. Huish. Sejuk betul pagi-pagi buta ni. Angin pun sejuk semacam. Naik bulu roma aku. Aku dah nampak tandas yang berada di penjuru itu. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke tandas itu. Aku meraba-raba dinding, mencari suis lampu. Suis ohh suis. Mana kau? Ok dah jumpa. Aku tekan semua suis yang ada. Eeuww. Apa aku pegang ni? Kenapa lembap, lembik semacam. Oh, tahi cicak. Tak guna lah. Tak apa lah aku boleh basuh. Cuma ada satu lampu sahaja yang terbuka. Itu pun berkelip-kelip. Aku rasa yang lain rosak sebab tu la tak buka kan. Nampak sangat orang memang tak selalu guna tandas ni. Tempat ni tak busuk pun. Yela orang tak selalu guna kan. Tapi tak apa sebab walaupun yang lain rosak, lampu yang tak rosak tu betul-betul dekat bahagian yang ada cermin. Senang sikit hidup aku.
Aku buka pili air di sink perlahan-lahan. Bersihkan dulu najis cicak durjana di jari aku ni dulu. Selekeh la cicak ni. Nak buang pun pergilah cari tempat yang sesuai sikit. Memang sengaja kan nak mencirit dekat tempat yang orang memang kena pegang. Dah siap cuci jari, aku bilas berus gigi lalu memicit tiub ubat gigi. Wangi. Bau mint. Pandai aku pilih. Aku meneruskan kerja yang tak kesudahan. Aku mula memberus gigi. Gosok jangan tak gosok, gosok jangan tak gosok. Tiba-tiba lampu di atas aku terpadam seketika. Aku berhenti memberus gigi dan memandang ke arah lampu yang betul-betul berada di atas kepala aku. Lampu tersebut terbuka semula. Aduh! Sakit mata aku. Silau. Rasa macam mata aku dicucuk dengan cahaya tajam. Aku memandang ke hadapan ke arah cermin semula. Aku mahu menyambung berus gigi.
Ke.. ke.. napa? Aku rasa macam mahu menangis. Mata aku sudah berair. Jantung aku berdegup kencang. Dahi aku berkerut seribu. Nafas aku mula tidak stabil dan tidak selari, tercungap-cungap seperti orang yang baru lepas berlari pecut 100 meter. Badan aku tidak berhenti menggeletar dan menggigil. Darah mengalir dari mulut aku. Aku.. aku sedang memberus gigi menggunakan parang. Kenapa? Kenapa? Macam mana boleh jadi begini? Aku pasti. Aku yakin. Aku memang betul-betul memegang berus gigi tadi. Aku mahu berhenti tetapi tidak boleh. Tangan aku seolah-olah tidak dapat dikawal. Tangan aku menggeletar dengan kuat tetapi tidak dapat berhenti. Darah memancut-mancut keluar. Aku tak tahan. Aku dapat merasai cecair suam-suam panas yang mengalir deras atas pipi aku. Aku tahu. Aku menangis. Aku tak dapat nak bezakan yang mana darah, yang mana air mata. Aku tak nak tengok semua ni. Aku tak tahan. Sudah tiada gigi yang putih kekuningan yang ada cuma gigi yang telah diwarnai dengan merah darah.
Sheshh.. Mata aku terbeliak. Mata aku memerah. Aku rasa loya seperti mahu muntah. Parang tadi memotong sebahagian bibir aku. Terbelah dua. Bibir aku yang dulunya terukir sudah tiada rupa. Mungkin rupanya yang ada hanyalah seperti daging cincang. Aaarghhh! Jantung aku seperti mahu meletup. Aku mahu menutup mata tetapi seperti dihalang. Aku mahu berhenti 'memberus' tetapi aku tidak boleh. Darah-darah membasahi baju t-shirt putih aku. Aku ibarat seorang pembunuh yang baru lepas membuat tugasnya. Apa.. Apa.. apa yang boleh aku buat?!! Berhenti!! Berhenti!! Aku menjerit. Aku tak nak tengok semua ni!! Berhenti!! Aku tak suka!! Aku benci!! Aku tak mahu!! Muka aku sudah semakin hancur. Semakin aku cuba untuk mengawal tanganku, semakin agresif ia menjadi. Aku sendiri tertanya-tanya. Tangan aku ke ni? Berhenti.. Tolonglah... .. . Tolong berhenti.. . Aku terus menghentakkan kepala aku di dinding. Aku tak tahu nak buat apa dah.
Aku membuka mata perlahan-lahan. Cahaya pagi mengisi ruang pandangan mata aku. Kepala aku masih pening dan seperti berdenyut-denyut. Aku memegang kepalaku. Kepala aku bersampul. Bau pahit ubat-ubat menusuk hidung. Aku.. dekat mana ni? Sayup-sayup aku dapat mendengar jawapan, "Kau dekat bilik sakit. Tak apa semuanya ok. Kau rehat je ye." Aku menoleh. Kawan-kawan dan guru aku berada di sebelah. Aku teringat mulut aku. Cermin! Cermin! Aku separuh menjerit. Aku nampak kawan aku lekas-lekas memberi cermin kepada aku. Aku terus mengambil dari tangannya setelah dihulur. Aku meraba-raba bibirku. Aku menghembuskan nafas lega lalu memejamkan mata. Syukurlah.. Mulut aku tak jadi apa-apa. Tak hancur berkecai pun.
Bila aku sudah betul-betul sembuh, kawan-kawan sebilik aku cerita, tiba-tiba semasa pukul 2 pagi, mereka terdengar bunyi jeritan. Ramai juga yang terbangun gara-gara jeritan aku. Kawan aku sedar suara itu milik aku lagi-lagi bila jiran katil aku bagi tau yang aku tiada di katil. Penghulu cepat-sepat maklumkan pada cikgu dorm. Mereka cuba cari aku tapi tak jumpa. cikgu dorm cepat-cepat pergi ke tandas di ground floor yang aku pergi ni. Terus nampak aku. Tapi dorang kata aku tak sedar. Cuma dekat dinding ada kesan darah. Rupanya kepala aku berdarah. Muka aku merah lepastu basah dengan air mata. Tapi nasib baik tak teruk mana. Pelik jugak kan sebab cikgu dorm tu macam tau je aku kat mana. Rupanya sebelum ni, kes ni pernah terjadi dalam 3 tahun yang lepas. Kiranya kes aku ni kes kedua.
Cuma kes sebelum ni, pelajar tu macam kena halusinasi potong tangan. Tak ke trauma. Akhirnya cermin tu dipecahkan lalu dibuang. Sekarang ni tandas tu dah tak ada cermin. Cikgu dorm tu ada bagitau, patutnya tandas tu berkunci. Aku pun tak tau apsal masa aku pergi tandas tak berkunci. Benda ni sampai sekarang menjadi tanda tanya. Kawasan tu memang keras sikit katanya. Cikgu kata aku ni macam hebat jugak sebab boleh terjumpa tandas tu. Tandas tu tersembunyi kot. Ramai kawan aku yang baru tau tempat tu wujud. Minggu tu aku jadi budak hot dekat sekolah aku. Aku cerita jelah apa yang aku rasa. Mak aku dah telefon. Keputusan dah keluar dan aku positif bebas dari penyakit tu. Alhamdulillah.
Moral of the story: Berus gigi ye sebelum tidur. Ufufufufufufu.
Cerita ni memang aku karang sebab aku bosan dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup dan mati. Mungkin adalah lah sikit. Sikit je eh. Kawan aku la yang cerita part berus gigi guna pisau kat sekolah dia. Kredit kepada kawan aku hehe. Yang lain aku tokok tambah dan tolak. Baru-baru ni aku terlayan anime genre horror. Tersuka pula. Aku jarang tulis panjang-panjang. Biasanya aku post gambar banyak banyak ja. Hehe.
Post ni macam sesuai kalau aku letak gambar ni. Kalau berani buka la. Huehuehue.
No comments:
Post a Comment