Saturday, November 22, 2014

Tak Sayang Pahala ke?



Siang dan malam kita bekerja untuk mendapatkan duit. Mengumpul duit bukannya perkara senang dan mengambil masa yang lama. Kita akan rasa terkilan kalau duit simpanan kita itu habis dalam masa yang singkat pada perkara yang sia-sia. Begitu jugalah dengan pahala. Pelbagai amalan soleh kita kerjakan bertahun-tahun buat bekalan kita di akhirat. Pahala yang terkumpul itu boleh lebur begitu sahaja dengan tindakan-tindakan dosa. Pahala kita boleh lebur dengan mengutuk orang.

Pada hari ini tidak pelik bagi seseorang yang menjaga solat lima waktu, ouasa Ramadan dan makan minumnya semua halal tetapi tidak menjaga lidahnya daripada mengutuk orang. Mengutuk orang lain adalah begitu mudah yakni hanya mengeluarkan kata-kata hodoh terhadap orang itu. Hadis-hadis Nabi S.A.W. yang mengecam perbuatan mengutuk ini:

"Mengutuk seorang Mukmin seperti membunuhnya." (Riwayat Ahmad)

"Bukanlah orang beriman seorang yang suka menuduh, mengutuk, pelaku keji dan bermulut kotor." (Riwayat Ahmad) 

"Mencerca Mukmin adalah fasiq. Membunuhnya adalah kafir." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Suatu hari selendang seorang lelaki diterbangkan oleh angin. Lalu dia mengutuk angin. Lantas Rasulullah S.A.W. mendidiknya: "Jangan mengutuk angin, kerana angin menurut perintah sahaja. Sesiapa yang mengutuk sesuatu sedangkan kutukan itu tidak sepatutnya siterimanya, maka kutukan itu akan mengena kembali si pengutuk." (Riwayat Abu Daud)

Sedangkan angin pun haram dikutuk, inikan pula  manusia, semulia-mulia makhluk.

Janganlah disebabkan satu keburukan, kita melupakan semua kebaikan seseorang. Boleh jadi kebaikannya yang kita tidak tahu sebenarnya jauh lebih banyak berbanding keburukannya yang kita tahu.

Fikirkanlah tentang diri kita sendiri. Boleh jadi kebaikan diri kita yang kita tahu sebenarnya jauh lebih sedikit berbanding keburukan diri yang kita sedari.

Sumber: Muhammad Luqman Makhtar, Mudahnya Menghabiskan Pahala, Majalah Solusi, No. 64, ms. 3.

Nampak macam benda biasa tapi ni la yang kita semua selalu buat. Perkataan-perkataan kesat lagi banyak menghias bibir muda belia kita dari zikir-zikir suci. Sad fact. 

Aku rasa bersalah juga nak taip balik karya penulisan orang lain tapi artikel ni terlalu berharga kalau tak share balik. Gomenasai T_T


No comments:

Post a Comment